Siapa Kami

Kami merupakan pembekal soft toys/teddy bear yang diimport dari koleksi seluruh dunia. Perniagaan on-line ini telah bermula secara kecil-kecilan bermula tahun 2010.

Teddy bear yang diimport adalah sangat berkualiti mengikut Gred masing-masing. Kebanyakannya didatang terus dari Australia, Amerika, Korea Selatan, Jepun, Kanada dan sebagainya.

Pelbagai saiz, warna, jenis soft toys boleh didapati menerusi kami.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pemborong, sila hubungi kami dengan segera. Ingat, perniagaan ini adalah baru dan sangat sesuai mana-mana individu atau peniaga yang ingin menjadi agen/penjual produk kami. Harga borong akan ditawarkan. SIAPA CEPAT DIA DAPAT

Sejarah Awal

Pada awal perniagaan, kami hanya menjual secara kecil-kecilan menerusi jualan boot kereta. Dari satu tempat ke satu tempat kami menjelajah (sekitar Shah Alam sahaja). Kutipan amat memberansangkan. Dalam satu malam (1-2 jam) kami memperolehi antara RM150-RM300 semalam.

Kemudian kami menyewa booth karnival. Tidak disangka, jualan lima kali ganda dari jualan boot kereta. Alhamdulillah kini perniagaan kami semakin berkembang.

Pemborong/Pembekal

Kami mula menjadi pemborong/pembekal apabila setelah setiap hari ada orang bertanya macam mana nak dapatkan bekalan soft toys ini. Secara jujur kami menerangkan bagaimana dan dimana untuk mendapatkannya. Kebanyakan mereka tidak sanggup untuk membeli kerana syarat minima 100 kg yang telah ditetapkan oleh pihak pengimport (direct kontena).

Bukan itu sahaja, rumit mengerjakan bundle apabila sampai dari kontena satu hal pula. Masalah utama peniaga kecilan ini adalah ruang penyimpanan. Sekiranya ingin membeli 100 kg, ia memerlukan ruang/kawasan yang cukup untuk proses pengasingan.

Proses A-Z

Fakta : 100kg-200kg sampai 3 x seminggu

1. Proses pengasingan
  • Item yang kotor akan diasingkan untuk dibasuh. 
  • Item yang koyak akan diasingkan untuk dijahit
  • Item anjing/babi akan diasingkan untuk dijual kepada peniaga yang boleh menjual item berkenaan
  • Item yang elok akan di asingkan untuk proses QC
2. Proses pembersihan
  • Item yang kotor akan dibasuh mengikut kategori, jenis serta warna dan saiz
3. Proses pengeringan
  • Item yang telah dibasuh akan dikeringkan menggunakan mesin dryer
4. Proses 'packaging'
  • Item yang telah di  QC akan dibekalkan kepada peniaga



No comments:

Post a Comment